

KRT DESA MELOR SERENDAH
KRT Desa Melor adalah singkatan kepada Kawasan Rukun Tetangga Desa Melor Serendah di bawah kelolaan Ahli Jawatan Kuasa Penduduk Desa Melor Serendah. KRT Desa Melor mula ditubuhkan pada 2004 di bawah skim yang telah didaftarkan dan dibiayai oleh Jabatan Kebajukan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.KRT Desa Melor Serendah telah menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat terutama dalam hal rondaan keselamatan dan penjagaan pintu masuk melalui sistem giliran berkawal di waktu malam. Kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah telah berlaku seperti kecurian, rompakan, dan vandalism serta gejala social remaja . Ini secara tidak langsung mengajak penduduk Desa Melor untuk bersama dengan AJK KRT meningkatkan aktiviti berkawal dan saling memantau kawasan taman milik bersama. Perpaduan penting dalam memastikan setiap individu prihatin dan peka terhadap apa yang berlaku di kawasan Desa Melor. Setiap aktiviti dan orang perseorangan atau kumpulan yang mencurigakan perlu dimaklumkan kepada penduduk agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku akibat dari kealpaan penduduk.Kini, KRT Desa Melor dengan barisan AJK baru yang dinamik dan pragmatic akan berkhidmat dengan lebih bersemangat lagi demi memastikan Desa Melor Serendah menjadi Desa contoh yang paling aman dan damai serta pesat membangun seiring dengan wawasan negara menjadi negara maju dalam tahun 2020.